Powered By Blogger

14 May 2011

ALAM SEMESTA


Pernahkah kamu terfikir bagaimana cakerawala yang tidak berpenghujung ini terbentuk???Bagaimana Bumi, matahari, bulan dan bintang-bintang yang hebat ini dapat muncul???Tahukah kamu alam ini dipenuhi dengan berbagai benda menarik termasuk juga Bumi, bulan dan matahari???Tahukah kamu bahawa keseimbangan halus wujud di alam ini yang memberikan keadaan yang baik untuk hidup???

Sekarang mari kita mula pelajari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan ini, dan bagaimana Allah menjadikan alam ini.

Pada zaman dahulu, pengetahuan manusia tentang angkasa amat terbatas...Peralatan-peralatan yang diperlukan untuk meneroka angkasa masih belum cukup maju seperti sekarang. Oleh itu, kadangkala manusia mempunyai pendapat-pendapat aneh tentang bagaimana alam ini terbentuk...Pendapat yang menyatakan alam ini telah sedia ada, merupakan pendapat paling lucu.Sebelum manusia mempunyai teleskop dan peralatan untuk mengkaji langit, beberapa orang dungu mencadangkan alam ini tidak mempunyai permulaan tetapi telah sedia wujud dan akan terus wujud untuk selama-lamanya.

Bagaimanapun, ia tidak masuk akal!!!Rumah dan bangunan sekolah kamu telah dibina pada tarikh tertentu.Malah ayat-ayat yang kamu baca sekarang ini juga telah ditulis pada waktu tertentu.Begitu juga kamu, ibu dan bapa kamu juga mempunyai tarikh lahir. Ini bererti semua benda sama ada bernyawa atau tidak wujud pada waktu tertentu. Menyatakan, “Alam ini tidak mempunyai tarikh lahir, kerana ia telah sedia wujud”, adalah mengarut. Tiada siapa yang akan mempercayainya kini...

Manusia pertama yang membuktikan alam ini mempunyai permulaan ialah pakar astronomi Edwin Hubble.(pakar astronomi ialah mereka yang mengkaji angkasa, bintang-bintang dan galaksi-galaksi)...Hubble bekerja dengan sebuah teleskop gergasi...Suatu hari, pada tahun 1929, beliau mendapati bintang-bintang bergerak.





Pergerakan bintang-bintang ini adalah satu maklumat penting tentang penciptaan alam ini. Fakta bahawa bintang–bintang ini bergerak menjauhi satu sama lain, membuktikan bahawa suatu masa dahulu mereka bercantum. Ahli sains menganggarkan 15 bilion tahun dahulu semua jirim di cakerawala ini berkumpul bersama di dalam satu titik sekecil hujung jarum. Cakerawala kita mula terbentuk apabila titik kecil ini meletup.

Sekarang mari kita senaraikan satu-persatu apa yang telah kita perhatikan:
• Bintang-bintang bergerak secara berterusan;
• Bintang-bintang bergerak menjauhi kita;
• Jika masa dapat diundurkan, kita akan melihat bintang-bintang kembali bercantum.

Ia akan berterusan sehinggalah seluruh cakerawala ini bercantum kembali pada satu titik. Jika kita pergi lebih jauh, titik ini juga akan hilang. Ini bererti alam ini wujud daripada ketiadaan: Allah telah menjadikannya.

Kamu akan dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan “ketiadaan” dengan menjawab tiga soalan ringkas ini:
1.   Berapa usia kamu setahun dahulu?
   Kamu mungkin menjawab, “Setahun lebih muda”.

2.  Jika kamu menghitung usia kamu ke belakang tahun demi tahun, berapakah usia terakhir kamu?
   Jawapan kamu mungkin “satu”. Setahun selepas kelahiran kamu, kamu berusia setahun. Bagaimanapun, selepas kelahiran kamu belum cukup tua untuk mempunyai umur.     Ini dapat menjelaskan “usia sifar”.

3. Fikirkan tentang tahun sebelum hari jadi kamu yang pertama! Berapakah umur kamu? Di manakah kamu ketika itu?
   Kamu mungkin menjawab dengan berkata, “Saya belum wujud ketika itu”.

Kamu tidak wujud sebelum ibu kamu mengandung. Jika kamu undurkan masa untuk tubuh kamu, kamu akan dapati tubuh kamu akan hilang pada akhir operasi ini. Setiap tahun apabila masa berundur, tubuh kamu akan menjadi makin kecil dan kecil, sehingga kamu menjadi seorang bayi di dalam rahim ibu kamu. Jika operasi ini diteruskan, kamu akan sampai pada ketika ibu kamu belum mengandung.




No comments:

Post a Comment