Powered By Blogger

14 May 2011

Adakah bumi planet yang paling besar?

Adakah bumi planet yang paling besar?

Besarkan bumi kita? Tetapi benarkah bumi kita begitu besar? Berapa besarkah planet kita
 jika dibandingkan dengan planet lain dan bintang? Mari kita lihat.


Diameter Pluto: 2,300 kilometer , Diameter Bumi :12,756.32 kilometer


Terdapat 8 planet di sekitar Bumi. Planet yang terkecil ialah Planet Pluto. Saiz Bumi
adalah lima kali ganda berbanding saiz Planet Pluto.


Diameter Planet Jupiter : 142,984 kilometer
Jupiter adalah planet ke-5 dari Matahari. Saiz Jupiter 12 kali ganda berbanding saiz Bumi. 

Diameter Matahari : 1,392,000 kilometer
Nampakkah anda di mana bumi berada? Ya, itulah saiz bumi berbanding Matahari. Saiz
 Matahari adalah 100 kali ganda lebih besar dari Bumi. Seolah titik hitam di samping bola
 api di cakerawala.

Diameter Arcturus : 35.7 Juta Kilometer
Arcturus adalah bintang ke-3 paling cerah di langit malam(yang pertama
 ialah Sirius).
Arcturus 30 kali ganda lebih besar dari saiz Matahari.

Bolehkah anda lihat di mana Bumi? Antares adalah bintang merah yang saiznya 800 kali
 ganda berbanding Matahari.

Betapa kerdilnya bumi ini di dalam cakerawala yang luas terbentang. Mungkin saat ini beratus atau
 beribu lagi bintang dan planet baru ditemui.

Perbandingan Bumi dan Bintang

Perbandingan Bumi dan Bintang

Bandingkan saiz bumi dengan planet-planet lainnya.
Anda dapat melihat perbezaan saiz  planet yang telah dicipta oleh Allah sebagai bukti kekuasaannya.Lihatlah betapa kecilnya kita di negeri masing2.Kemudian lihat pula saiz negeri kita yang kecil dlm negara Malaysia.Lihat pula saiz Malaysia denganBumi.Anda juga pasti tidak nampak gunung Everest yg sebenarnya amat besar pada pandangan mata kita.Lihat pula saiz bumi dengan 4 planet yang lain...mungkin kita nampak bahawa bumi itu besar.

Sekarang bandingkannya dengan Uranus & Neptun 
Apa yg anda lihat adalah realiti dan kejadian sebenar ciptaan bumi dan planet2 yg lain...lihatlah...sebentar tadi kita merasakan bumi itu bear pada gambar yg pertama.Dan kini lihatlah betapa kecilnya saiz bumi berbanding planet yg lebih besar...dapatkah anda melihat diri anda?? pastinya terlalu kecil.

Sekarang, bandingkan Bumi dengan Matahari 
Ini adalah perbandingan saiz bumi dengan matahari dan ini hanya salah satu bintang dari jutaan bintang,dimanakah posisi anda sendiri ??? Berbanding Matahari, Bumi adalah seperti titik! Fikir !! Di mana anda berada sekarang?? 


Bandingkan pula bintang Alnilam di Buruj Orion
Bintang ini merupakan bintang gergasi biru . Bayangkan betapa saiz bintang Alnilam adalah 44 kali saiz jejari (22 kali diameter) Matahari !! Dimanakah KITA???? fikirlah...



Bandingkan pula Betelgeuse 
Bintang Betelgeuse iaitu bintang super raksasa merah yang juga di Buruj Orion dengan bintang Alnilam itu tadi. Bayangkan betapa gigantiknya saiz Betelgeuse berbanding Matahari kita 

!!Allahu Akbar! Untuk lebih mudah membayangkan kekuasaan Allah, perhatikan fakta-fakta berikut: Apabila diskalakan dengan diameter bumi = 0.01 cm (sama dengan besar 1 butir gandum), maka: 1. Diameter matahari = 1 cm 2. Jarak matahari - bumi = 1 meter 3. Jarak matahari - bintang terdekat (Alpha Century) = 220 mile = 350 km (yang bersamaan dengan jarak Kuala Lumpur ke Johor Bahru) 4. Perlu diingat bahawa letak tata surya (Solar System) kita berada di pinggiran galaksi Bima Sakti (Milky Way), yang terdiri dari ratusan ribu juta bintang --> bayangkan pula berapa ukuraan galaksi Bima Sakti kita? 5. Kita tahu bahawa alam semesta ini terdiri dari ratusan ribu juta galaksi, bayangkan ukuran alam semesta ini dengan menggunakan kemampuan otak manusia - yang katanya luar biasa itu.... 6. Dengan demikian kita sedar bahawa alam semesta ini memiliki massa yg sedemikian besar (besar sekali), tetapi kita sama sekali tidak melihat bahawa ada tiang yang menyangga langit; kita sebagai orang yang berakal pasti berfikir bahawa ADA TIANG TIDAK TAMPAK YANG MENAHAN ALAM SEMESTA SEHINGGA TIDAK JATUH/BERANTAKAN!!! Ingatlah firman Allah dalam Qur'an 13:2: "Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu." 6. Cuba fahami kebesaran Allah dari ayat2 Qur'an berikut ini: Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.

Bintang terbesar di galaksi


Perbezaan saiz bintang R136a1 (berwarna biru kanan sekali) berbanding matahari (berwarna kuning) dan bintang-bintang yang lain yang pernah ditemui.

Kerlipan serta cahaya bintang sentiasa menemani langit malam. Sejak kewujudan alam, bintang pasti muncul saban malam.

Malah, kerlipan tersebut turut dijadikan sebagai panduan oleh manusia dalam menentukan arah ketika berlayar mahu pun sebagai rujukan bulan.
Sehingga abad ini, bintang terbesar yang temui hanya sekitar 150 massa matahari (Solar Mass) iaitu unit yang digunakan dalam mengira jisim bagi sesebuah bintang mahupun planet di ruang galaksi.
Malah, matahari sendiri yang juga merupakan bintang terbesar bersaiz sekitar 1.98892 didarab dengan 10 kuasa 30 atau sekitar 332.950 kali ganda massa bumi atau 1.048 kali ganda massa planet Musytari (Jupiter).
Namun baru-baru ini, sekumpulan ahli astronomi antarabangsa yang diketuai oleh United Kingdom telah menemui sebuah bintang terbesar di ruang cakerawala iaitu sehingga 300 massa matahari.
Bintang tersebut kini dikenali sebagai R136a1 sekali gus mengejutkan dunia astronomi kerana sehingga kini saiz bintang terbesar yang boleh diterima dalam komuniti tersebut hanyalah sebesar 150 massa matahari.
Lebih membanggakan, penemuan bintang terbesar tersebut turut melibatkan saintis nuklear fizik dari Malaysia.
Mereka adalah Prof. Madya Dr. Hasan Abu Kassim dan pelajar PhD beliau, Norhasliza Yusof daripada Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Menurut Hassan, ia merupakan kajian Norhasliza dalam teori permodelan bintang yang dinamakan Evolusi Stella bagi mengkaji serta menentukan saiz sesebuah bintang.
Untuk melengkapkan kajian tersebut, Norhasliza perlu kerjasama kumpulan saintis dari luar negara untuk mendapatkan data serta menjalankan uji kaji.
Teori Evolusi Stella telah digunakan Norhasliza untuk tujuan kajian tersebut.
"Ketika Norhasliza membentangkan teori tersebut, ia telah mengejutkan ketua penyelidik bintang dari Universiti Sheffield, United Kingdom dan sekali gus diterima untuk diguna pakai dalam kajian mereka," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Teori permodelan tersebut telah digunakan dan dibuktikan benar serta tepat dalam menganggarkan saiz sesebuah bintang.
Jelas Hassan lagi, Norhasliza telah berada di United Kingdom bersama enam lagi pengkaji astronomi sejak Januari 2009 bagi mengukur saiz bintang-bintang baru melalui teori tersebut.
Hasilnya kumpulan penyelidik yang dianggotai oleh Norhasliza berjaya menemui bintang baru. Salah satunya adalah bintang R136a1 sekali gus merupakan bintang yang terbesar serta telah mengejutkan dunia.
Norhasliza yang menerima biasiswa Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa- bangsa Bersatu (UNESCO) untuk sesi 2008-2009 dan biasiswa Commonwealth bagi 2010 berkata, pada peringkat awal kumpulan beliau seolah-olah tidak meyakini bintang yang ditemui itu adalah sebesar 300 massa matahari.
"Setelah berbandingan serta pengiraan dilakukan berkali-kali akhirnya kami (kumpulan penyelidik) bersetuju bahawa ia (R136a1) merupakan sebuah bintang.
"Malah ketika pengumuman yang dilakukan oleh kumpulan saya ketika itu di sebuah persidangan astronomi di Jerman, ia amat mengejutkan komuniti saintis astronomi seluruh dunia," katanya.
Malah, menurut Norhasliza, terdapat sebilangan saintis yang tidak mempercayai serta mengatakan ia adalah sesuatu yang amat besar dan mustahil.
Namun, akhirnya para saintis tersebut akhirnya akur dan mengiktiraf R136a1 merupakan bintang yang tersebar pernah ditemui abad ini.
Kajian yang melibatkan dua fasa, iaitu pemerhatian dan permodelan dengan UM terlibat di peringkat permodelan.
Hasil maklumat serta data yang diperolehi daripada kedua-dua fasa tersebut digabungkan dan dianalisis bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.
Bagi tujuan tersebut, kumpulan penyelidik yang dianggotai Norhasliza yang dijadualkan menamatkan PhD beliau pada 2011 telah menerima geran penyelidikan sebanyak RM140,000 dari UM.
Melalui penemuan tersebut, ia sekali gus melonjakkan imej negara amnya dan Universiti Malaya khususnya di kalangan komuniti saintis astronomi dunia.

Bagaimanakah bintang terbentuk




Pembentukan gumpalan awan yang berwarna cerah mungkin juga disebabkan letupan yang terhasil ketika bintang mula terbentuk.
 
Sejak ratusan tahun dahulu manusia menjadikan bintang sebagai rujukan arah berikutan kedudukannya yang tetap dan mudah untuk dikenal pasti ekoran cahayanya yang amat terang.
Sebenarnya bintang tidak berklip sebagaimana sering kita dengar ungkapan kerlipan. Namun, kerana kedudukan bintang terlalu jauh sinarannya seolah-olah berkelip.
Sehingga kini, bintang terus menjadi pujaan manusia berikutan ia merupakan antara ciptaan Tuhan yang mengagumkan.
Malah, antara bintang yang terdekat dengan planet bumi adalah matahari.
Namun tahukah anda bagaimana bintang terbentuk?
Ia terbentuk dalam gumpalan awan bermolekul iaitu sebuah medium antara bintang-bintang lain yang luas dengan kerapatan yang tinggi.
Pada peringkat awal, pembentukan bintang bermula dengan proses gas yang berkumpul lalu membentuk gumpalan awan di ruang angkasa lepas.
Gumpalan awan tersebut sebenarnya mengandungi gas hidrogen dan sekitar 23 hingga 28 peratus gas helium serta beberapa peratus elemen berat.
Setelah beberapa lama, teras awan tersebut bertukar menjadi sebuah kawasan yang memiliki kepadatan yang amat tinggi sehingga tidak stabil secara graviti, berpecah dan berlakunya letupan.
Sebahagian daripada daya graviti teras bintang yang hilang dalam kemusnahan tersebut bertukar sebagai haba infra dan sekali gus meningkatkan suhu teras.
Apabila kepadatan dan suhu menjadi cukup tinggi, pelakuran deuterium bermula, seterusnya tekanan luaran menghasilkan sinaran secara memperlahankan.
Manakala bahan lain dari gumpalan awan disekelilingnya akan berterusan diserap ke dalam proto bintang.
Akhirnya, hidrogen mula bergabung diteras bintang, dan bahan penyalut yang lain mulai hilang.
Bagi bintang berjisim tinggi, tempoh proses pembentukannya boleh dibandingkan dengan skala masa lain bagi evolusi mereka. Ia lebih pendek, dan proses tersebut tidak ditetapkan dengan jelas.
Bintang akan mencapai jujukan utama apabila terasnya mencapai suhu yang mencukupi untuk mencetuskan perlakuran hidrogen dan memulakan keseimbangan hidrostatik.
Sepanjang bintang yang berada di dalam jujukan utama, ia secara perlahan-lahan menukarkan hidrogen kepada helium dan hayat bintang dalam jujukan utama akan tamat apabila hampir ke semua hidrogen dalam teras habis digunakan.
Proses pembentukkan bintang tersebut memakan masa yang amat panjang iaitu jutaan tahun.









ALAM SEMESTA


Pernahkah kamu terfikir bagaimana cakerawala yang tidak berpenghujung ini terbentuk???Bagaimana Bumi, matahari, bulan dan bintang-bintang yang hebat ini dapat muncul???Tahukah kamu alam ini dipenuhi dengan berbagai benda menarik termasuk juga Bumi, bulan dan matahari???Tahukah kamu bahawa keseimbangan halus wujud di alam ini yang memberikan keadaan yang baik untuk hidup???

Sekarang mari kita mula pelajari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan ini, dan bagaimana Allah menjadikan alam ini.

Pada zaman dahulu, pengetahuan manusia tentang angkasa amat terbatas...Peralatan-peralatan yang diperlukan untuk meneroka angkasa masih belum cukup maju seperti sekarang. Oleh itu, kadangkala manusia mempunyai pendapat-pendapat aneh tentang bagaimana alam ini terbentuk...Pendapat yang menyatakan alam ini telah sedia ada, merupakan pendapat paling lucu.Sebelum manusia mempunyai teleskop dan peralatan untuk mengkaji langit, beberapa orang dungu mencadangkan alam ini tidak mempunyai permulaan tetapi telah sedia wujud dan akan terus wujud untuk selama-lamanya.

Bagaimanapun, ia tidak masuk akal!!!Rumah dan bangunan sekolah kamu telah dibina pada tarikh tertentu.Malah ayat-ayat yang kamu baca sekarang ini juga telah ditulis pada waktu tertentu.Begitu juga kamu, ibu dan bapa kamu juga mempunyai tarikh lahir. Ini bererti semua benda sama ada bernyawa atau tidak wujud pada waktu tertentu. Menyatakan, “Alam ini tidak mempunyai tarikh lahir, kerana ia telah sedia wujud”, adalah mengarut. Tiada siapa yang akan mempercayainya kini...

Manusia pertama yang membuktikan alam ini mempunyai permulaan ialah pakar astronomi Edwin Hubble.(pakar astronomi ialah mereka yang mengkaji angkasa, bintang-bintang dan galaksi-galaksi)...Hubble bekerja dengan sebuah teleskop gergasi...Suatu hari, pada tahun 1929, beliau mendapati bintang-bintang bergerak.





Pergerakan bintang-bintang ini adalah satu maklumat penting tentang penciptaan alam ini. Fakta bahawa bintang–bintang ini bergerak menjauhi satu sama lain, membuktikan bahawa suatu masa dahulu mereka bercantum. Ahli sains menganggarkan 15 bilion tahun dahulu semua jirim di cakerawala ini berkumpul bersama di dalam satu titik sekecil hujung jarum. Cakerawala kita mula terbentuk apabila titik kecil ini meletup.

Sekarang mari kita senaraikan satu-persatu apa yang telah kita perhatikan:
• Bintang-bintang bergerak secara berterusan;
• Bintang-bintang bergerak menjauhi kita;
• Jika masa dapat diundurkan, kita akan melihat bintang-bintang kembali bercantum.

Ia akan berterusan sehinggalah seluruh cakerawala ini bercantum kembali pada satu titik. Jika kita pergi lebih jauh, titik ini juga akan hilang. Ini bererti alam ini wujud daripada ketiadaan: Allah telah menjadikannya.

Kamu akan dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan “ketiadaan” dengan menjawab tiga soalan ringkas ini:
1.   Berapa usia kamu setahun dahulu?
   Kamu mungkin menjawab, “Setahun lebih muda”.

2.  Jika kamu menghitung usia kamu ke belakang tahun demi tahun, berapakah usia terakhir kamu?
   Jawapan kamu mungkin “satu”. Setahun selepas kelahiran kamu, kamu berusia setahun. Bagaimanapun, selepas kelahiran kamu belum cukup tua untuk mempunyai umur.     Ini dapat menjelaskan “usia sifar”.

3. Fikirkan tentang tahun sebelum hari jadi kamu yang pertama! Berapakah umur kamu? Di manakah kamu ketika itu?
   Kamu mungkin menjawab dengan berkata, “Saya belum wujud ketika itu”.

Kamu tidak wujud sebelum ibu kamu mengandung. Jika kamu undurkan masa untuk tubuh kamu, kamu akan dapati tubuh kamu akan hilang pada akhir operasi ini. Setiap tahun apabila masa berundur, tubuh kamu akan menjadi makin kecil dan kecil, sehingga kamu menjadi seorang bayi di dalam rahim ibu kamu. Jika operasi ini diteruskan, kamu akan sampai pada ketika ibu kamu belum mengandung.